thiNk AbOut It..~^_*~

Monday, January 31, 2011

Penawar mengatasi lemah iman

 Assalamualaikum kpd readers...
Hri ni sy nk share cketla yg brkaitan dgn Iman,,harap2 sudi ler nk bace..

Memahami hakikat Iman

Iman kpd Allah swt mrupakan hubungan yg termulia antra mnusia dgn al khalik(yg mnjadikannya)
Ini krana makhluk yg paling mulia di alam ini ialah manusia,
yg paling mulia pd manusia adalah hatinya dan yg paling brhrga dalm hatinya adalah keimanan
Allah SWT berfirman

'Mereka mmbanggakan telah brjasa kpdmu krana mereka telah Islam.Katakanlah kpd mereka:Jgnlah kamu mmbggakan keislaman mu itu sbg jasamu kpdku, bahkan Allahlah yg telah melimpahkan kurniaNya kpdmu krana Dia telah mmbimbing kamu kpd keimanan'  (Al-Hujurat:17)

Mencintai Allah dan Rasul

Keimann kpd Allah mnjadikan org lebih mncintai Allah dan Rasul drpd ap2 pun.Kecintaannya itu trcermin dlm prkataan, perbuatan dan sgala urusannya.Bila sesuatu yg lain lebih dicintai dan diutamakan dariAllah dan Rasul maka itu mbrikan alamat dan ptunjuk bhwa imannya masih brcampur dan akidahnya masih rosak.

Menghidupkan roh jihad

Sebagaimana Allah mmbangunkan smngat cinta kpd Allah dan RasulNya, bgitu pula iman itu mlahirkan diri dalam smgt jihad untuk mninggikan Kalimatullah, mnegakkan panji2 kbnaran dan smgt tempur yg xpenah padam tuk mncegah dan mghancurkan kmungkaran dan kezaliman serta kebinasaan di muka bumi.

Menimbulkan rasa takut kpd Allah

Seseorg yg mngenal Allah dan kebesaranNya, kekuasaanNya, dan keagunganNya lalu dia teringat akan kelalaian dirinya dlm mmenuhi perintah Allah itu, sudah tntu akan merasa malu dan takut dalam dirinya. Semakin dalam dan sempurna pngertian tntg Allah , maka semakin brtmbah mndalamlah rasa takut kpdNya.

Mengatur hubungan baik

Keimanan mghubungkan org2 mukmin dgn Allah dgn tali cinta dan kasih. Selain itu, ia juga mngatur prhbungan antara mukmin sesama mukmin ats dasar rasa kasih syg. Manakala ia juga mngatur hbgan antara org2 mukmin dgn musuh2 Allah yg mghalangi kbenaran atas dasar ketegasan dan kepahlawanan.

InsyaAllah klau xde hlgn ley larh sy pos episod 2 pula yer..hehe.. :)

Friday, January 21, 2011

30 rahsia wanita.. :-)


Assalamualaikum w.b.t.....
Sy nk syer cket sal pompuan ni...yg ni pown sy dpt kat fb...copy paste.. :) credit kpd pnulis sbnr..thnks so much!

Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat..silakan baca.  

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. 

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. 

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. 

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. 

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. 

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. 

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! 

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.  

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. 

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 

 22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. 

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. 

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. 

 27. Senjata wanita adalah airmata!! 

 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya  (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan  ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. 

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... 

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 
 
Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu .  :-)